BLOG CIKGU K.A

BERILMU BERIMAN BERAMAL dulu, kini dan selamanya.......

Baju gaun baby girl

Baju gaun baby girl yang baru siap. 3 hari pulun menjadi.Siap 4 helai. Tapi sehelai (yg paling cute) ada kat kedai.Jahit tepi halus untuk hujung baju.


 
 
 
 
 
Yang berminat nak beli..emel kat saya! Hehehe! Kalau lambat saya nak hadiahkan buat anak saudara.

Read More......

KAD-KAD YANG KUBUAT


 
 
 
 

Inilah kad-kad yang telah saya buat sepnajang cuti ni. Dah lama sangat tak berpeluang buat kad. Cuti kali ini memang banyak yang boleh dibuat.Hobi lama muncul kembali. Tahun ini dah tak periksa kertas dah. Terasa seronok sangat. Sebab boleh buat macam-macam. Salah satunya buat kad. Cantik tak? hehehe!Tak cantik pun, yang penting saya rasa cantik dan dibuat dengan rasa tenang dan enjoy. Entah siapalah yang bakal jadi pemilikknya.

Read More......

Kenduri Kahwin @ Hari raya Aidil Adha

Oran g sibuk sambut hari raya haji, yang saya dan keluarga sibuk dalam persiapan perkahwinan adik bongsu. Walaupun catering tapi letih gak. Nikah yang sepatutnya petang Jumaat terpaksa ditungda malam Sabtu. dah tu kata lepas Isyak. Tok Kadi datang jam 9.30 malam. Pengantin lelaki menunggu lebih sejam.Pendekkan cerita, semuanya selsai dan berjalan lancar.

Adik yang keempat menyiapkan adik ipar. pandai pulak dia mengikatkan sampingnya.


Pengantin lelaki menunggu mak mertua bersiap.Alahai!Sabar je lah!
  
Keluarga Ahmad Daud dengan lima orang heronya!
  
Mertua-mertua saling bercium pipi. Moga hubungan yang baik akan berkekalan!

  
Gambar yang diambil oleh anak umur 6 tahun menggunakan HP.
 
Punyalah berianya nak tangkap gambar!


 Bukan ultraman tapi mengajar anak car nak ambil gambar. Kenalah center,ye tak?





Read More......

Baju Yang Kujahit



 Terasa gembira kerana berjaya akhirnya menyudahkan baju. Nak pakai masa menghantar adik bongsu ke rumah pengantin lelaki.

Read More......

MAJALAH KACSIAN 2009


Inilah muka depan majalah Kacsian!
 
Bahagian interseparator
 
Interseperator 2
(Gambar-gambar tak berapa clear sebab ambil ikut hp)

Inilah majalah yang penat lelah dan tungkus lumus membuatnya. All out! Hasilnya?????Budak-budak suka tapi cikgu?Cikgu tak berpeluang nak tengok sebab majalah edisi guru, hujung tahun baru dapat.

Read More......

Kecik-kecik dah Konvo


Read More......

BILA BEBUDAK POSING!






Apa halnya depa nih!
 
Tengok apa tu

Read More......

Kad Kedua


Kad kedua untuk pelajar.

 

 
 



















Read More......

PENAT GILER!

Budak SPM mula exam hari ni. Kebetulan banyak kelas dengan bdk Form 5.So banyak masa untuk buat kerja. Kerja pertama -print surat akuan untuk kelas. Kerja kedua-print sijil ULBS. Tu pun dah sampai 9 lebih. Lepas tu stop dulu. Kena gak g sarapan. Kepala dah mula pusing. Tapi tak lalu makan lah pulak. Balik dari kantin,sambung kerja lagi. Borang tuntutan jadi Ketua Pentaksir kena isi lak. Ada gak cikgu komen.Apa sal ketua je dapat elaun, cikgu lain buat kerja gak.Alahai! Ketua dapat pun had rm 20 je. Bukannya banyak. Itu pun ada yang rasa tak puas hati.
Lepas tu, urus pulak pasal Majalah. Majalah akan sampai petang.Esok dah boleh edar tapi cikgu yg ditugaskan menguruskan pengedaran dah jaga SPM lak. Esok pulak saya nak CRK. Anak nak konvo.Hihihi! Kecik2 pun dah konvo. Nasib baik boss ketiga setuju nak bantu. Tapi saya kena balik sekolah jam 11 pagi. Cuti apa ke bendanya tu? Student yg exam pun tak sabar nak dapat majalah. Suruh gak saya datang esok. Lepas exam jam 12 thg tu, depa nakjumpa saya dan ambik majalah.Camna?
Jam 1.00 ptg dah tak larat dah. Balik ke bilik guru. Alahai meja! Bertimbun dengan fail.Mula-mula nak kalih dan bersihkan meja tapi lastnya dah terkemas semuanya. Dan siap, jam 2.00 petang. Masa untuk balik.
Tapi taks ettle lagi. Jam 2.30 ptg, pencetak telefon. On the way ke sekolah. Dalam 3.30 ptg sampai kat sekolah.Hantar majalah. La hai! Beratnya nak keluar.Tapi teringin nak tengok hasilnya,saya pergi balik ke sekolah.
Yang tak seronoknya. Kerani terus komen. Gambar depa lak tak de dalam majalah. Pulak! Camna boleh tertinggal. Punyalah hilang mood. Sure kena nanti. Bila tunjuk kat pengetua lak (kebetulan pengetua belum balik), pegetua komen sikit.Itu dan ini.Walaupun dia ucap terima kasih atas usaha yg dibuat.Tapi bila kena kritik tu....lagilah mood hilang. Bukan apa. Saya tahu kita tak leh puaskan hati semua orang tapi saya dah penat buat. Bersungguh-sungguh lak tu. Kalau sikit-sikit yang tak puas hati..tak payah cakaplah! Eh! Pandailak nak melarang orang nak bercakap.
Entahlah! Bila balik ke rumah jam 5.30 petang, taka da mood. Suami kata jangan ambil kisah.Pengetua tak nak hard cover sedangkan dah tetap dalam mesyuarat (masa tu dia tak de).Katanya kos untuk hard cover tu tampung benda lain. tapi bila call pencetak,sebenarnya tak ada perubahan apa-apa. Lagi untuk ada hard cover.Tapi entahlah.
Malam saya call boss no 2, minta pendapat. katanya esok dia akan bincang semula dengan boss no3 dan no 1. Saya call pencetak. Bagusnya depa. Kata tak kisah. Kalau nak, boleh.Tak nak pun takpa. Entahlah tengoklah esok.
Tu lah! Macam-macam cabarannya. Tahun depan malaslah nak handle majalah lagi.Merajuk! Hehehe!Tapi disebalik semua tu, ada keseronokan gak handle majalah ni.Tak tau nak cerita macamna tapi kalau orang yang suka menulis macam saya,pasti tahu.
Esok,tak tahu apa cerita. yang pasti,paginya saya nak tengok anak konvo. Pergi ke atau tidak ke sekolah. Tengoklah mood.Kalau saya pergi jam 11 pagi, tak lah saya dikira ambik cuti,kan.Entahlah!Apa-apapun semua gantung kepada pengetua.

Read More......

INDAHNYA!






Hari ni hari terakhir bermesyuarat di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar. Legaaaaa! Seronoknya di sini sebab berpeluang bersembahyang di Masjid Kuala Kangsar nih.

Read More......

KAD PERTAMA SELEPAS BERTAHUN-TAHUN

Inilah kad pertama yang saya buat selepas kerja-kerja membuat kad saya hentikan sejak berbelas-belas tahun.


Ni belakang kad!

Ni depan kad!

Tu untuk kad perkahwinan adik saya. Bahan limited sangat. Tak lah cantik sangat.Tapi oklah. Yang penting saya buat dengan penuh kasih sayang. Ambik masa jugak membuatnya.Tapi best. Sebab otak dan fikiran jadi tenang masa buat kad.

Dulu-dulu,saya memnag suka buat kad buatan sendiri. Saya rasa kad yang dibuat sendiri (yang tentunya memerlukan masa untuk membuatnya) lebih bernilai daripada kad yang dibeli. Yang paling banyak dapat kad daripada saya ,tentulah suami saya.Hahaha!

Saya masih ingat lagi, ada kad yang saya buat menggunakan bunga ros yang dikeringkan. tapi tak ingat pulak kepada siapa kat itu ditujukan. 

Sebut pasal kad ni, rasanya hobi lama datang kembali. Saya nak buat kembali kad buatan sendiri. Ni tengah nak emngumpul bahan. Cuti sekolah ni....saya nak buat seberapa banyak kad yang saya dapat (bukak sekolah pasti tak de masa) dan jahit seberapa baju yang saya boleh.Dua perkara yang saya suka buat tapi tak berpeluang buat masa kerja. Moga berhasil!

Read More......

HASIL KREATIF PELAJAR OKU

Sewaktu rehat, kami dijemput melihat pameran pelajar-pelajar pendidikan khas di SMK Sentosa. Kreatifnya pelajar-pelajar ni. Pelikpun ada. macamana pelajar yang tak mampu nak berkomunikasi tapi boleh menghasilkan lukisan yang begitu teliti.



































Read More......

MESYUARAT PENGURUSAN PKG KAMPAR



Semalam 6 oKTOBER 2009, menjadi wakil penegtua ke Mesyuarat Pengurusan PKG di SMK Sentosa. Alahai! gayat kejap. ya lah.Yang hadir penegtua dan gurubesar. Kita ni siapa? tapi kerana terpaksa.Pergi lah jugak. kata boss, timba pengalaman.Hehehe! Memang tak nak jadi pentadbirnye!.

Read More......

BAHAN BAHASA MELAYU PMR DAN SPM

Projek masa cuti panjang, saya bercadang nak update blog ni dengan bahan-bahan BM PMR dan SPM. Senang sikit rasanya bagi pelajar-pelajar saya (dan mungkin boleh dikongsi dengan pelajar lain). Kat blog Bahasa Melayu saya tu, selalu tak sempat dan tak dpt nak luangkan masa untuk letak bahan sedangkan banyak sangat bahan yang ada pada saya.Sayang kalau tak dikongsi bersama. Selalunya saya akan bagi pelajar-pelajar saya bahan-bahan tambahan dalam bentuk soft copy. Tapi kesian jugak kat pelajar-pelajar yang tidak mempunyai komputer dan talian internet di rumah. masih ada ibu bapa yang tak sedar akan kepentingan komputer dan internet. Sayang sungguh. Tapi mungkin jugak ibu baap risau yang anak-anak melayari laman yang tak sepatutnya.

Read More......

SOALAN PERCUBAAN BM SPM 2009

SESIAPA YANG NAK SOALAN-SOALAN TERSEBUT (ADA YG TAK ADA SKEMA) BOLEH EMEL PADA SAYA. SAYA TAK SEMPAT UPLOAD. YG MANA SEMPAT SAYA AKAN HANTAR MELALUI EMEL. HARAP MAKLUM.

Read More......

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU


18 oKTOBER 2003, Izz selamat dilahirkan . Ikut tingkap.Hehehe! Disebabkan dah terlebh masa dan sakit tak datang-datang jugak (walaupun di'induce'), kenalah operate. Ingat lagi.Takut semacam. Bukan takut dibedah. tapi takut nyawa anak kedua ku yang dah dikandung selama 9 bulan tak panjang. Alhamdulillah! Selamat.Walaupun perit dan sakitnya sebelum dan selepas bersalin. Teringat pengalaman 6 tahun dulu.Pengalaman yang buat aku serik nak bersalin lagi.Mana taknya. Doktor seluk dua tiga kali.Doktor berlainan. Tak bukak-bukak. Doktor pakar suruh normal. Seluk untuk bukak pintu rahim. Sakitnya...sampai tangan doktor aku cengkam. Keluar tangan nampak berdarah. Tunggu berjam tak jugak sakit nak bersalin. Dengupan jantung anak mencemaskan aku. Man taknya.Sama kuat dengan degupan jantungku. Masuk wad bersalin dari jam 6 pagi.Tak sempat nak bersarapan pun. Sampai jam 4 petang pun tak makan. Macma puasa. Doktor takut aku dibedah.So kena puasa. Aku lak gastrik. Jam 5 petang baru doktor buat keputusan nak operate aku. Masa tu rasa sakit makin terasa. Tak tau lah sakit kena seluk atau sakit  nak bersalin.

Masa dalam bilik bedah,doktor suntik. Jenuh gak suruh aku membongkok sedangkan perut aku ...dah tu doktor kata tak sakit tapi rasa orang pegang-pegang je. Tapi aku kata sakit. Mulanya macam orang cabut bulu roma,satu-satu. Makin lama makin sakit. Aku cakap sakit.Untuk kal kedua. Doktor kata tidak. akhirnya untuk kali ketika, lengan doktor aku cengkam.Dan aku jerit sakit. Baru doktor dpt message aku. Dia suruh doktor lain stop. Rupanya depa dah mula membedah akau sedang bius belum jalan sepenuhnya. Naya aku!..

Masa bedah, doktor kata tak lama.45 minit campur jahit sekali. Tapi ada problem lagi. Doktor beritahu yang dia kena tolak baby aku dari arah atas perut. Sebab babay tersekat.Susah nak keluarkan.  Waktu dia tolak tu, aku rasa macam perut aku dihenyak.Mau tak aku menjerit. Tangan doktor jadi mangsa cengkaman aku!Bila aku dengar tangisan baby, lupa sekejap pada sakit. Baby aku 3.6 kg. Kira besar gak. berbanding aku yang beratnya  dlm 60 kg (waktu tu).Waktu doktor tunjukkan aku anakku Izz, aku tergelak dalam hati. 'Hitamnya anak aku!'Hehehe! Tak lah hitam sangat. Tapi kulit gelap. Logiklah. Anak lelaki. macam kulit bapaknya.Hehehe!.

Cerita sakit aku tak berhenti di situ. Aku muntah dalam bilik bedah. Sakitnya.Allah je yang tahu. Lepas tu aku mengigil kesejukkan. Menggigil gila punya. sampai tangan aku bergoyang kuat ,yang tak dpat ditahan. Aku diselimut dengan selimut tebal.Dah tu dibubuh satu paip panjang. Alahai! Lega aku. Rupanya ada wap panas disalurkan ke badan aku.

Keluar dari bilik bersalin. suami tanya aku."macamana?"Aku jawab "taubat!" Hehehe!

Time masuk wad,lebih kurang jam 7.00 malam. Aku kesian kat suami dan ahli ekluarga lain. So aku suruh depa balik. Aku pun nak tidur. anak diambil nurse.Laki aku tak dapat nak azankan.Tapi lepas J pergi,sakit pada jahitan bedah mula terasa. Pedih dan bagai dihiris-hiris. masa tu adik aku nak balik.Aku mintak tanya nurse kalau-kalau ada ubat tahan sakit. Adik aku pergi tak tak jenguk aku balikpun. Disebabkan katil aku di tepi tingkap dan di tingkat satu, aku dapat dengar suara suami dan adik ebradik aku bersembang dan gelak-gelak. Time tu aku beria menahan sakit.Siap baca macam-macam. Orang tak pernah dibedah katakan.Aku ingat normal rasa sakit macam tu. Masa sorang nurse lalu, aku minta panggilkan suami aku yang ebrada di bawah. katanya ya tapi suami akau tak datang-datang. Sampailah suara mereka tidak kedengaran lagi. Lepas tu baru nurse tu kata suami aku tak de.Yang aku pasti,dia bukannya terus turun dan panggil.

Berbalik pasal sakit dan pedih yang aku rasa.Rupanya bolehd iberi suntikan penahan sakit. masa tu dah pukul 9 malam. Ada seorang nurse dtg. Dia tengok aku menahan sakit. Dia tanya aku sakit ke?Aku jawab ye lah. Dia kata tunggu ya. saya beri suntikan. Lepas disuntik baru lega sakit aku. ya Allah rupanya, sakit aku boelh hilang. Tapi aku kena tanggung sakit selama 2 jam. Nurse tinggalkan aku keseorangan. Dah lah akau tak boleh langsung nak bergerak.Alat nak panggil nurse pun tak ada. Kata tempat tu wad sementara lepas bedah sebba nurse nak pantau perkembangan tapi haram. kalau jadi apa-apa dalam masa 2 jam tu, tak siapa nak tolong aku. HP pulak lupa nak mintak kat J. So, aku tanggunglah sakit sorang-sorang.

Tu cerita 6 tahun lepas. syukurlah Izz dah besar dah Allah panjangkan umurnya. Tapi sampai ke hari ini, Izz masih tak ada adik. dia nak adik. siap suruh panggil dirinya abang tapi..bukan aku serik tapi betul kata J, nak ke ulangi segala-galanya semula.Dari mula mengandung,kena alahan tak boleh sejuk...badan naik bengkak-bengkak dan gatal-gatal...sampailah time nak bersalin dan selepas bersalin (aku tak cerita lagi hal lepas bersalin) Ei! takut aku! Memang aku tak bersedia nak ulangi proses itu semula.Hehehehe!jadilah aku petani yang sentiasa bercucuk tanam tapi tak pernah mendapat hasil tuaiannya. Hehehehe!

Apa-apapun. selamat hari jadi sayangku, buah hatiku, pengarang jantungku,permata hatiku...M.I.F. Luv u always.

Read More......

KELAS POTENSI LULUS

Dah 2 hari ke SMK Sentosa. Terlibat dalam pertukaran guru.Mengajar pelajar-pelajar POLUS.Mulanya ok. Tapi terkejut bila dapat tahu hampir separuh pelajar yg hadir kelas tersebut bukannya pelajar-pelajar POLUS. Pulak! Bahan-bahan yg saya gunakan memang khas untuk pelajar POLUS. Hampir separuh pelajar merupakan pelajar sederhana yang menjadi penganti pelajar POLUS yang tidak hadir ke sekolah.Patutlah waktu saya soal, pandai semacam je. Agaknya dia terkejut gak. Apasal cikgu ajar cara paling senang dan paling simple jawab soalan SPM BM.

Apa-apapun pada saya kelas dua hari berjaya. walaupun tidak seratus peratus berjaya capai target sebenar (untuk pelajar POLUS) tapi sekurang-kurangnya saya bagi input baru dan teknik baru menjawab soalan untuk elak daripada tak berjawab.Yang pasti, saya happy dan pelajar-pelajar pun happy dalam kelas saya. Yang best apabila saya rasa saya macam dah eknal lama dengan depa.Boleh gelak dan bergurau. Suasana pelajaran lebih ceria. Cuma lupa lah pulak. Lupa nak ambil gambar depa. Boleh gak masuk dalam blog nih.

Malam ni sibuk menjahit kembali.Saya dah kesuntukan masa. Mintak mak saudara pergi haji lambat lagi. Jubah -tak siap-siap nih. Doa-doa Allah permudahkan.

Read More......

PELAJAR-PELAJAR SAYA

Read More......

APA YA?

Apa ya? Itulah soalan yang mula-mula timbul ketika ingin menulis kembali di blog ni. Kekok jugak nak berbicara dengan kata-kata yang ditulis. Kali terakhir bercerita di blog ialah selepas hari raya keempat.Selepas tu, sibuk memanjang. Dengan persediaan pelajar-pelajar PMR, dengan majalahnya lah (nak kejar dateline yang tak terkejar), membuat latih tubi untuk pelajar-pelajar SPM, dengan kain yang masih tak berpotong dan berjahit lagi..rasa macam tak cukup masa dan tak berkesempatan untuk habis semuanya.

Dalam kesibukan itu juga, bukan sahaja fikiran harus bekerja tetapi dugaan yang paling besar apabila ditimpa perasaan. Rasanya luluh segala semangat. Kekadang itu kebenaran amat menyakitkan. Tak tahu nak tahu, tapi bila dah tahu baik tak tahu. Itulah, ada pepatah Inggeris..tak ingat dah bunyinya tapi pasal kucing. Curiosity kills the cat..entahlah..memang tak berapa betul pepatah tu tapi itulah lebih kurang maksudnya. Perasaan ingin tahu si kucing kadang kala menyebabkan kematiannya. 

Tapi tak kisahlah. Semua itu dah berlalu. Kekadang itu allah menguji kita.Kesabaran kita. Rasa syukur kita. Kalau tak ditimpa masalah ataupun dugaan sebegini manakan hati, diri,mental atau fizikal akan jadi kuat.

Hari ini terasa sedikit kecewa. Lepas baca emel pagi tadi. Dari designer majalah sekolah. Ada ke patut. Dia mintak tak ubah layout yang dia dah buat. Pada hal tak ikut apa yang kita nak. Alasannya,kalau diubah...akan banyak ruangan kosong.Tapi rasanya dia tak mahu ebbanan kerja.Entahlah.Kita nak hasil yang baik dan berkualiti tapi si budak muda ni (yang baru grad) ni rupanya tak tahan dengan bebanan kerja. dah tu siapa suruh jadi designer. Bukan ke customer always right. 

Bila saya mengadu kat bekas boss majalah, dia kata itu normal.Katanya kita berhak untuk tentukan layout yang kta hendak.So, dont worry.Katanyalah.Apa-apapun malas nak fikir.

Belum pun mood sedih hilang, adik call nak pinjam kereta. Kereta yang berpenakit tu nak ditukarkan dengan kereta adik yang seorang lagi. Mak nak ke Tampin.Ada majlis naik buat anak pertama adik yang kedua bongsu. Mak ajak pergi.Tapi ada plan lain. lagipun tak larat nak travel jauh. Jubah mak saudara pulak kena jahit. Kawan tu nak pergi haji. Entah bila flightnya. Paling awal 20hb ni. Harap-haraplah. Ni pun baru lepas jahit tepi. Patutnya malam ni mula jahit tapi....punyalah liat nak mulakan.

Berbalik kepada cerita kereta tadi,kereta kesayanganku nak beragam. entah apa lak,asyik mengeluarkan bunyi burung.Cit-cit-cit-cit! Semua selepas kereta dibaiki akibat kemalangan kecil sebelum puasa tu. Tingkap belah pemandu lak tak boleh bukak.Alahai! La ni pulak entah apasal isyarat rupa enjin asyik menyala.Enatah apalahs alahnya. selalunya bila nak strat keta baru nampak benda tu tapi bila dah hilang baru kita start keta. tapi la ni lain lak. Masa memandu pula menyala. Mulanya ingat minyak keta dah habis tapi bukan lain jadinya.

Mulanya berat gak nak pinjamkan keta.Ya lah! Esok nak baiki.Lagi satu teringin nak g berjalan. Nak beli seluar panjang (dah lama sangat tak ebli yang baru). masa raya dulu, tumpu kat anak-anak.La ni untuk diri sendiri. tapi rasanya tak jadi jugak. Bulan ni banyak hadiah kena beli. Dua orang adika akan berkahwin bulan depan .hari sama tapi waktu lain-lain. tengah bulan nih, anak bongsu pulak hari jadi.dah tu awal bulan depan...ulangtahun perkahwinan.nak gak bagi hadiah.Ingat hadiah, ingat duit. jadi sebelum beli hadiah, hati kena benar-benar ikhlas.Tak nak sikitpun rasa ralat.

Cerita pasal emak g Tampin tak habis lagi dah nak cerita hal lain. Ni nak cerita lah nih. Sebenarnya, disebabkan keta tak boleh gerak jauh, mak nak pinjam keta adik tapi isterinya guna g kerja.So, kena pinjamkan keta saya dan bagi pada dia. Sebabkan Sabtu dan Ahad, saya tak keja jadi saya patutnya tak ada masalah. Mulanya ralat jugak. ya lah,.saya dah ada plan. tapi takkan nak tolak permintaan emak. last-last pujuk hati untuk ikhlas pinjamkan kereta walaupun akan 'patah kaki' time keta tak ada. So, petang atdi bersma adik pergi ambik keta adik lagi sorang tuh. tapi isterinya kata tak payah tukar kereta.Dia ada jalan lain untuk selesaikan masalah pergi dan balik kerja. Punyalah lega. Rupanya Allah nak menguji hati saya. Mahu tak saya berkorban untuk hati seorang ibu. Nasib baik dah ikhlaskan diri. Kalau tak rasa berdosa pun ada. Bukan apa, pasti tercalit arsa bersalah kalau tak ikhlas pinjamkan keta. La ni hal tu dah selesai.

Ni nak sediakan mental dan fizikal untuk tugasan hari selasa dan rabu minggu hadapan. Dua hari berturut-turut dari jam 8.30-12.30 tengahari kena pergi sekolah jiran.Kena ajar budak-budak potensi lulus. (Program tukar guru). Punyalah tak tahu apa yang nak jangka. Budak-budak ni dah agak dah! mesti dalam kalangan yang nakal.Malas nak belajar , main-main sebab tu gagal kertas BM. Camna nak ajar pelajar orang lain yang kita tak pernah kenal rupa atau tak tahu perangai masing-masing. macamana nak react? Macamana nak handle kalau ada masalah. Yang risau bukannya apa nak diajar tapi apa respon nak diberi kalau ada masalah disiplin. dah lah first impression, pelajar ingat saya garang (memang muka tak senyum pun.dah tu kuat jeling.kata budak pandangan saya tajam...macam nak makan orang..tapi budak saya dah tahu saya macamana. Kat luar je muka serius.

Cuti dua hari ni nak kena jahit jubah,shopping dan prepare powerpoint untuk mengajar budak-budak potensi lulus tu. harap semuanya berjalan lancar.

K.Lah rasanya dah cukup panjang nih. Lega dapat bercerita walau tak ada yang baca cerita ni. Tu pasal post nih saya masukkan dlm label journal.Memang journal pun.Hehehe!

Read More......

HARI RAYA KEEMPAT




Membawa anak-anak saudara ke JJ Ipoh, tengok wayang,makan,pegi kedai buku dan main boling. Ada tujuh anak saudara yang remaja.Jadi pengawal pulak lah.Yang penting mereka enjoy dan hubungan antara sepupu betambah erat

Read More......